Friday, May 15, 2009

TEKNIK ASAS KITARAN WANG

Assalamulaikum W.B.T , Alhamdullilah bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat sekali lagi saya menyampaikan sedikit ilmu berkenaan dengan kewangan dalam kehidupan kita seharian.

Kali ini saya ingin menunjukkan susunan dalam perancangan kewangan...Urm sebenarnya di sini kita boleh membahagikan 4 item utama dalam pengurusan kewangan yang berkesan iaitu Pendapatan, Simpanan, Hutang, dan perbelanjaan sara Hidup. Kita sering memperlekehkan seseorang yang berpendapatan rendah nak" mengidam emas setinggi Gunung"....

Tetapi adakah kita tahu, jika seseorang yang papa kedana sekali pun tetapi mempunyai pekerjaan dan masih mempunyai sumber pendapatan jika dia pandai menggunakn 4 item diatas dengan betul...bukan setakat setinggi gunung emas yang dia dapat "even" satu lautan dunia...begitu lah perumpamaan yang saya boleh gambarkan dengan menggunakan teknik yang betul dalam pengurusan 4 item tersebut.

Secara ringkasnya, saya dapat menyimpulkan fakta berkenaan dengan susunan empat item tersebut dengan susunan seperti di bawah:

TEKNIK SUSUNAN YANG BETUL
1. Perolehan pendapatan
2. Asingkan untuk simpanan
3. Gunakan untuk perbelanjaan hidup.
4. Membayar hutang.

Rentetan susunan Melalui 4 item ini bagi sesorang yang telah mempunyai pendapatan hasil daripada pekerjaan tidak kiralah perolehan daripada kerja sendiri atau bekerja di sesebuah organisasi tertentu sesorang itu seharusnya membuat perancangan terhadap pendapatan tesebut iaitu langkah pertama dengan mengasingkan untuk tujuan simpanaan atau dikenali sebagai "rizab tunai". Simpanan yang di buat hendaklah melalui akaun simpanan, ASB, dan sebagainya yang mana ia memang "Wajib" dilakukan apabila pendapatan diperolehi.

Selanjutnya belanjakan untuk tujuan yang wajib dilakukan iaitu barang-barang keperluan misalnya pakaian, makanan, perbelanjaan kenderaan dan apa-apa sahaja keperluan yang mesti dilakukan.
Dan khir sekali gunakan untuk tujuan pembyaran hutang-hutang yang ada. Misalya hutang pelajaran cth: PTPTN, bulanan kereta, dan sebagainya.

Terbitan hasil penemuan pakar-pakar kewangan, manusia itu mempunyai "bil diri"..Ya apa itu bil diri????... Menurut penemuan, bil diri bagi tujuan kewangan ialah SIMPANAN...item ini termasuk dalam susunan 4 item tadi. Bayaran bil diri hendaklah dikeluar 10% daripada jumlah pendapatan dan mungkin boleh jadi sehiangga 50% atau lebih sekiranya seseorang itu benar-benar memerlukan misalnya untuk tujuan perkahwinan (keperluan kewangan yang segera) :)..." Nak seribu daya tak nak seribu dalih"

Bagi mempastikan hasrat dan impian perancagan kewangan kita berjaya... kita seharusnya mempastikan perkara atau pokok yang menyebabkan ia dapat di capai itu sentiasa mudah untuk dikecapi. Perkara atau penghalang yang mungkin boleh membantutkan impian perancangan simpanan kewangan ialah "bebanan hutang"....Betul.....dan bagi tujuan tersebuat kita hendaklah mengetahui teknik-teknik kewangan bagi tujuan penghapusan hutang..

Antara teknik-teknik tersebut ialah:
1. Berdoa
2. Buang sikap suka berhutang (buat cara x der kalu memang tidak mampu)
3. Menolak menggunakan kad kredit.
3. Jika sedang berhutang, cuba bayar lebih daripada biasa.
4. Membuat pinjaman semula (Refinance).. Misalya pembayaran ansuran kereta.
5. Buat pinjaman peribadi untuk menurun dan membayar hutang-hutang terdahulu.....

Secara kesimpulanya melalui teknik penghapusan hutang...dapat diringkaskan dengan"
1. Mengurangkan perbelanjaan sara hidup.
2. Mengurangkan hutang anda.
3. Menambahkan pendapatan.

Ingat!!!!....Pastikan Jumlah hutang tidak melebihi 20 % daripada jumlah pendapatan...

Sekian untuk tatapan penulisan pada kali ini...Assalamulaikum WBT.......