Pertama sekali saya ingin membawa anda mengenali apa yang dimaksudkan dengan "PENGURUSAN KEKAYAAN"...ya
Pengurusan kekayaan merupakan salah satu bentuk pengurusan kewangan yang bukan hanya boleh digunakan untuk individu sahaja, tetapi juga untuk perniagaan. Pengurusan kekayaan merupakan kaedah mengurus aset bersih atau lebihan wang anda bagi mencapai matlamat kewangan tertentu. Kekayaan bermakna aset bersih anda, iaitu selepas ditolak hutang dan liabiliti anda.
Kebanyakan perniagaan melaksanakan pengurusan kekayaan dengan tujuan agar aset perniagaan boleh dikekalkan, dikembangkan atau diagihkan. Anda akan dapat menentukan nilai bersih perniagaan anda setelah anda membuat kajian serta menilai kedudukan kewangan perniagaan anda. Seterusnya, tetapkan matlamat dan rancang pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.
Malangnya pada hari ini jika kita membuat "survey" ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian besar. Pengendali skim-skim sebegini lazimnya menarik perhatian mangsa mereka dengan jaminan pulangan tinggi dan meyakinkan anda untuk melabur wang anda yang akhirnya akan hilang begitu sahaja. Pengendali sebegini akan sentiasa memperbaiki skim penipuan lama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Oleh itu, anda dinasihatkan agar berhati-hati terhadap sebarang tawaran yang menjanjikan sesuatu yang indah khabar dari rupa.
so, bila penipuan berlaku kita sering rasa bosan, perasaan putus asa untuk melibatkan diri dalaam bidang perniagaan atau mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan selain makan gaji...Adoi nah... inilah sikap segelintir masyarakat kita...Walaupun kita sering dengar perumpamaan yang berbunyi "Sekali cuba nak lagi" tapi selalunya perumpamaan ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara positif....Tapi bagi pandangan peribadi saya dalam konteks pengurusan kekayaan "Sekali cuba nak lagi " boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada positif atau negatif, sebab Untuk berjaya dalam bidang ini gagal bukanlah satu perkara pelik, so jadikanlah kegagalan tersebut sebagai pemangkin kejaayaan untuk mencapai impian kita....pendek kater..."tepuk dada ty dri sendiri"...bukan tanya selera kalu nk ty selera sepanjang masa mgkin kiter akan jadik seseorang yang terlalu membazir dalam konteks pengurusan kekayaan kalu konteks makan Saya rasa memang itu masih boleh di terima pakai.....Jadi apapun Cubalah kita Muhasabah diri kita, dalam situsi ekonomi yang tidak menentu ini PENGURAN KEWANGAN adalah amat penting dalam kehidupan kita semua..
Hendaklah kita memikirkan penggunaan harta pada masa akan datang, yang mana mungkin kita boleh membuat pelaburan, perancangan kewangan pada masa akan datang ... hal ini memang telah di jelaskan dalam kitab suci Al Quran, yang bermaksud:
"Dia (Yusuf ) berkata, agar kamu becucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan" (SurahYusuf :48)..
Untuk itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pembaca agar berfikiran terbuka dalam hal ini..WASALAM.....