Tuesday, December 16, 2008

'SELAGI ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN'

Di dalam surah An-nur, Ayat 33 Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud.

" Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurnianya,"

Hal ini boleh juga boleh di sama ertikan dengan Orang-orang yang lebih tua dari kita selalu berkata..

" Orang yang nak kawin ni Insya'Allah murah rezekinya".

Mari dengar cerita ni pula....


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta...

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan.......


Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.
Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..

BAGAIMANA CARANYA??? TIDAK MENGAPA MUNGKIN CARA INI BOLEH MEMBANTU ANDA SEMUA......

SAYA HANYA BERUSAHA MEMBANTU ANDA...
.

SILA KLIK BANNER DI BAWAH....>>>



1 comment:

  1. okla,rajin gak wat cmni tapi slalunye tak ramai yg convince kalau takat gune blog percuma except kalau memg ade pengunjung setia.kalau nk tau care yg ok,try g wangcyber.com tp jgn promote kat sane,t kena marah plak.

    ReplyDelete