Friday, May 15, 2009

TEKNIK ASAS KITARAN WANG

Assalamulaikum W.B.T , Alhamdullilah bersyukur saya kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapat sekali lagi saya menyampaikan sedikit ilmu berkenaan dengan kewangan dalam kehidupan kita seharian.

Kali ini saya ingin menunjukkan susunan dalam perancangan kewangan...Urm sebenarnya di sini kita boleh membahagikan 4 item utama dalam pengurusan kewangan yang berkesan iaitu Pendapatan, Simpanan, Hutang, dan perbelanjaan sara Hidup. Kita sering memperlekehkan seseorang yang berpendapatan rendah nak" mengidam emas setinggi Gunung"....

Tetapi adakah kita tahu, jika seseorang yang papa kedana sekali pun tetapi mempunyai pekerjaan dan masih mempunyai sumber pendapatan jika dia pandai menggunakn 4 item diatas dengan betul...bukan setakat setinggi gunung emas yang dia dapat "even" satu lautan dunia...begitu lah perumpamaan yang saya boleh gambarkan dengan menggunakan teknik yang betul dalam pengurusan 4 item tersebut.

Secara ringkasnya, saya dapat menyimpulkan fakta berkenaan dengan susunan empat item tersebut dengan susunan seperti di bawah:

TEKNIK SUSUNAN YANG BETUL
1. Perolehan pendapatan
2. Asingkan untuk simpanan
3. Gunakan untuk perbelanjaan hidup.
4. Membayar hutang.

Rentetan susunan Melalui 4 item ini bagi sesorang yang telah mempunyai pendapatan hasil daripada pekerjaan tidak kiralah perolehan daripada kerja sendiri atau bekerja di sesebuah organisasi tertentu sesorang itu seharusnya membuat perancangan terhadap pendapatan tesebut iaitu langkah pertama dengan mengasingkan untuk tujuan simpanaan atau dikenali sebagai "rizab tunai". Simpanan yang di buat hendaklah melalui akaun simpanan, ASB, dan sebagainya yang mana ia memang "Wajib" dilakukan apabila pendapatan diperolehi.

Selanjutnya belanjakan untuk tujuan yang wajib dilakukan iaitu barang-barang keperluan misalnya pakaian, makanan, perbelanjaan kenderaan dan apa-apa sahaja keperluan yang mesti dilakukan.
Dan khir sekali gunakan untuk tujuan pembyaran hutang-hutang yang ada. Misalya hutang pelajaran cth: PTPTN, bulanan kereta, dan sebagainya.

Terbitan hasil penemuan pakar-pakar kewangan, manusia itu mempunyai "bil diri"..Ya apa itu bil diri????... Menurut penemuan, bil diri bagi tujuan kewangan ialah SIMPANAN...item ini termasuk dalam susunan 4 item tadi. Bayaran bil diri hendaklah dikeluar 10% daripada jumlah pendapatan dan mungkin boleh jadi sehiangga 50% atau lebih sekiranya seseorang itu benar-benar memerlukan misalnya untuk tujuan perkahwinan (keperluan kewangan yang segera) :)..." Nak seribu daya tak nak seribu dalih"

Bagi mempastikan hasrat dan impian perancagan kewangan kita berjaya... kita seharusnya mempastikan perkara atau pokok yang menyebabkan ia dapat di capai itu sentiasa mudah untuk dikecapi. Perkara atau penghalang yang mungkin boleh membantutkan impian perancangan simpanan kewangan ialah "bebanan hutang"....Betul.....dan bagi tujuan tersebuat kita hendaklah mengetahui teknik-teknik kewangan bagi tujuan penghapusan hutang..

Antara teknik-teknik tersebut ialah:
1. Berdoa
2. Buang sikap suka berhutang (buat cara x der kalu memang tidak mampu)
3. Menolak menggunakan kad kredit.
3. Jika sedang berhutang, cuba bayar lebih daripada biasa.
4. Membuat pinjaman semula (Refinance).. Misalya pembayaran ansuran kereta.
5. Buat pinjaman peribadi untuk menurun dan membayar hutang-hutang terdahulu.....

Secara kesimpulanya melalui teknik penghapusan hutang...dapat diringkaskan dengan"
1. Mengurangkan perbelanjaan sara hidup.
2. Mengurangkan hutang anda.
3. Menambahkan pendapatan.

Ingat!!!!....Pastikan Jumlah hutang tidak melebihi 20 % daripada jumlah pendapatan...

Sekian untuk tatapan penulisan pada kali ini...Assalamulaikum WBT.......

Tuesday, March 10, 2009

TAHUKAH ANDA TENTANG KEHEBATAN SISTEM ONLINE

Assalamulaikum dan salam ukhwah saya ucapkan kepada pembaca-pembaca yang sudi meluangkan masa untuk melawat blog saya yang tidak seberapa ini. Dizaman yang serba moden ini memang tidak dinafikan banyak cabaran dan dugaan yang kita harus lalui bagi mendapatkan sumber pendapatan. Walaupun individu itu mempunyai pekerjaan tetap sekali pun, kadang kala kos hidup yang agak tinggi membataskan kehendak kita untuk merasai kehidupan yang lebih selesa sehubunagn degan itu kita hanya memiliki hanya keperluan. Memang tidak dinafikan peluang itu ada....senang citer uiii banyak tapi banyak jugak yang mana ntah betol ntah tidak sumber-sumber tu...lagi-lagi tentang kehalalan dari sudut syariah.

untuk itu tahukah anda antara tiga punca rezeki utama pada masa kini salah satunya ialah dengan menggunakan "PERKHIDMATAN INTERNET"...betol.....naper x percaya ka???..kalau begitu biar saya memberitahu anda semua bagaimana internet ni benar-benar memberi pulangan kepada anda jika anda benar-benar menggunakan perkhidmatan ini..kalu nak di cerita kan memang berjela-jela sampai hujung rambut pun belom tentu dapat cerita....hehehe.

Urm saya bukan membuat cerita dongeng tapi banyak tokoh-tokoh atau bakat-bakat dalam negara kita sendiri yang telah berjaya dalam bidang ni... misalnyaKhairul Azlan (sifu lan)..dia ni salah seorang usahawan internet yang berjaya dalam sistem E-bay di Malaysia.....dengan kejayaan anak tempatan ini lah kita harus berbangga...tapi setakat berbangga sahaja apalah gunanya kalau kita tidak membuka peluang untuk diri sendiri..... betol x ap yang saya cakap ni..hehhehe bukan saya mahu berceloteh tidak tentu pasal..tapi ni lah kenyataanya..lebih tepat lagi perumpamaannya "kita masih duduk di bawah tepurung yang "transparent", walaupun dah x duduk bawah tempurung yang gelap (x nmpak suasana luar)...malangnya tak nak mahu mencuba keluar dari tempurung "transparent" tu.

baru-baru ni sy telah memperolehi teknik-teknik untuk berjaya dalam dunia internet ni antara isi kandungan yang terdapat didalamnya ialah

1. 10 Tips Cara Bisnes Online Yang Praktikal
2. Ketahui Model Ebiz yang Bersesuaian
3. Istimewa Tips daripada Mentor Jutawan Siber
3. Sumber info ebiz percuma !..

disertakan juga pelbagai link2 perniagaan terkini dalm set ini...sy bukan lah "promoter" nak ceritakan keseluruhan tentang set ini tetapi jika anda ingin menambah ilmu di samping mendapat "advantage" dari set ini anda boleh cuba memilikinya...

tentang kos adalah tidak logik kalu saya letak di sini memang tidak setimpal dengan isi kandungannya yang cukup bermanfaat bagi yang ingin meceburi bidang internet salah satu sumber pendapatan sampingan atau sepenuh masa!!!.....ya saya letak harga yang paling mahal sekali
RM 5...... kenaper x percayer kalu x percaya jugak saya letak harga------> RM 2+1+0.50+0.50+0.80+0.20= korang fikir sendiri....

sekiranya berminat anda boleh

Bayar kepada : MOHD HUZAIRY BIN MOHD BUANG.

1. MAYBANK (151575036863) ATAU
2. CIMB BANK (01150074089528)


Kos penghantaran adalah percuma! Set Komprehensif' akan dihantar terus ke email anda 24-48 jam selepas pembayaran diterima dan pendaftaran diproses..

Selepas membuat bayaran, emailkan nama penuh anda serta bersama salah satu dari bukti pembayaran yang berikut: -
1. slip bank-in, atau
2. ATM transfer slip, atau
3. slip transfer PBebank/ Maybank2u
kepada E-MAIL : huzays_8610@yahoo.com

Sila nyatakan butir-butir maklumat pembayaran (PENTING!!)
  1. nama bank:
  2. tarikh:
  3. masa :
  4. no.transaksi :
Untuk cara pembayaran 1 & 2, sila scan slip tersebut dan hantar bersama-sama maklumat pembayaran . dan untuk bukti pembayaran 3, sila tekan Ctrl + Print Screen' di keybord pc atau laptop anda kemudian paste ke dalam Microsoft Word. Attachedkan salah satu bukti pembayaran ke dalam email anda dan hantar kepada E-mail:

huzays_8610@yahoo.com


*NOTE: sekiranya dalam masa 24 -48 jam saya tidak membalas selepas anda membuat pembayaran berkemungkinan pada ketika itu mengalami ganguan internet. Walaubagaimanpun saya sedaya upaya menghantar maklumat yang diperlukan secepat mungkin.

Saya bukanlah semata-mata nak mendapatkan keuntungan daripada set ini hakikatnya ingin berkongsi ilmu daripada apa yang saya sendiri perolehi hasil pembacaan set ini....

Akhir kata dari saya "Ganggulah diri anda dengan gangguan cabaran dan dugaan, kerana dengan gangguan-gangguan inilah yang akan memberi pulangan yang positif kepada anda kelak".....WASALAM....






Saturday, March 7, 2009

PEMILIKAN HARTA UNTUK KESENANGAN

Assalamulaikum, w.b.t bersyukur saya kepada tuhan kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk meluangkan sedikit masa dalam menyampaikan sedikit penerangan tentang isu-isu yang saya rasakan amat penting untuk kita menilai sejauh manakah tahap pengetahuan kita dalam pengurusan harta pemilikan. Walaupun sering kita dengar ramai dikalangan orang berada (golongan kaya) yang mampu memiliki apa-apa sahaja yang ingin dimilki, tetapi adakah anda tahu tidak semua dikalangan mereka yang mampu untuk mengurus harta-harta mereka dengan pengurusan dari diri sendiri. Hal ini kerana mereka yang mempunyai harta ini selalunya adalah dikalangan golongan yang berada dan majoriti dikalangan mereka adalah golongan ahli-ahli perniagaan tokoh-tokoh koporat dan sebagainya.

Disebabkan golongan-golongan ini kebanyakanya tidak mempunyai masa yang mencukupi, dalam pengurusan kewangan disebabkan kekangan-kekangan rutin harian sebagai ahli perniagaa dan faktor kemewahan yang dimilki, mereka lebih cenderung melantik syarikat atau badan yang mengurus harta mereka....Persoalannya di sini adakah semua pengurusan yang dipindah kan kepada orang-orang yang bertanggungjawab itu diperakui kesahihan malah adakah diyakini dan diredhai jika dilihat dari sudut agama. Semua persoalan-persoalan ini harus dipertimbangkan bagi golongan individu yang benar-benar ingin mendapat keredhaan dalam pencarian harta yang benar-benar diredhai.

Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kesan harta Haram terhhadap munajat dan doa seseorang:


"Menyebut seorang pemuda bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai tuhanku....wahai tuhanku....sedangkan makanannya haram, minumanya haram dan pakaiannya haram....Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana kami mahu mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sohih)

Berdasarkan hadis sohih diatas, menunjukkan walaupun seseorang itu memang tinggi amal ibadahnya, beriman, dan sentiasa ingat tentang wujudnya tuhan, malangnya dalam urusan bermuamalah individu tersebut leka dan 'hentam keromo" sesungguhya agak sukar doa-doanya dimakbulkan..

hal ini berbalik kepada persoalan yang asal dipermulaan penulisan saya adakah benar harta yang kita milki itu diredhai???, jika di pendekkan cerita seseorang itu hendaklah memahami atau bahasa yang lebih mudah mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengurus kewangan sekiranya golongan individu itu memang benar-benar mencari keredhan dalam mencari kesenagan dengan cara melibatkan diri dalam perniagaan kerana 90% punca rezeki itu datangnya melalui jalan tersebut...nak seribu daya tak nak seribu dalih..:).......



Wednesday, February 18, 2009

PENGURUSAN KEWANGAN +KEKAYAAN

Assalamaulaikum, Alhamdullilah sekarang ni memang saya agak sibuk dengan study,mana nya tak sepanjang hari ada class, assignment, tutorial,meeting dan sebagainya.. hehehhe tu yang kadang-kadang nk up 2 date blog ni sampai tidak berkesempatan. Apapun dikesempatan ini saya akan cuba meluangkan masa sedikit untuk meletakkan asas kepada cita-cita saya untuk membimbing semua di kalangan pembaca agar mendapat manfaat walaupun tak banyak sikit pun jadi lah sebagai panduan kita bersama untuk mengurus, menambah dan mungkin membantu orang lain yang tidak berkesempatan membaca dan memahami apa yang igin saya sampaikan ni...

Pertama sekali saya ingin membawa anda mengenali apa yang dimaksudkan dengan "PENGURUSAN KEKAYAAN"...ya

Pengurusan kekayaan merupakan salah satu bentuk pengurusan kewangan yang bukan hanya boleh digunakan untuk individu sahaja, tetapi juga untuk perniagaan. Pengurusan kekayaan merupakan kaedah mengurus aset bersih atau lebihan wang anda bagi mencapai matlamat kewangan tertentu. Kekayaan bermakna aset bersih anda, iaitu selepas ditolak hutang dan liabiliti anda.

Kebanyakan perniagaan melaksanakan pengurusan kekayaan dengan tujuan agar aset perniagaan boleh dikekalkan, dikembangkan atau diagihkan. Anda akan dapat menentukan nilai bersih perniagaan anda setelah anda membuat kajian serta menilai kedudukan kewangan perniagaan anda. Seterusnya, tetapkan matlamat dan rancang pelan tindakan untuk mencapai matlamat tersebut.

Malangnya pada hari ini jika kita membuat "survey" ramai yang menjadi mangsa penipuan kewangan yang menyebabkan kerugian besar. Pengendali skim-skim sebegini lazimnya menarik perhatian mangsa mereka dengan jaminan pulangan tinggi dan meyakinkan anda untuk melabur wang anda yang akhirnya akan hilang begitu sahaja. Pengendali sebegini akan sentiasa memperbaiki skim penipuan lama untuk mengelakkan daripada ditangkap. Oleh itu, anda dinasihatkan agar berhati-hati terhadap sebarang tawaran yang menjanjikan sesuatu yang indah khabar dari rupa.


so, bila penipuan berlaku kita sering rasa bosan, perasaan putus asa untuk melibatkan diri dalaam bidang perniagaan atau mencari peluang-peluang untuk menambahkan pendapatan selain makan gaji...Adoi nah... inilah sikap segelintir masyarakat kita...Walaupun kita sering dengar perumpamaan yang berbunyi "Sekali cuba nak lagi" tapi selalunya perumpamaan ini sering dikaitkan dengan perkara-perkara positif....Tapi bagi pandangan peribadi saya dalam konteks pengurusan kekayaan "Sekali cuba nak lagi " boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada positif atau negatif, sebab Untuk berjaya dalam bidang ini gagal bukanlah satu perkara pelik, so jadikanlah kegagalan tersebut sebagai pemangkin kejaayaan untuk mencapai impian kita....pendek kater..."tepuk dada ty dri sendiri"...bukan tanya selera kalu nk ty selera sepanjang masa mgkin kiter akan jadik seseorang yang terlalu membazir dalam konteks pengurusan kekayaan kalu konteks makan Saya rasa memang itu masih boleh di terima pakai.....Jadi apapun Cubalah kita Muhasabah diri kita, dalam situsi ekonomi yang tidak menentu ini PENGURAN KEWANGAN adalah amat penting dalam kehidupan kita semua..

Hendaklah kita memikirkan penggunaan harta pada masa akan datang, yang mana mungkin kita boleh membuat pelaburan, perancangan kewangan pada masa akan datang ... hal ini memang telah di jelaskan dalam kitab suci Al Quran, yang bermaksud:

"Dia (Yusuf ) berkata, agar kamu becucuk tanam tujuh tahun (berturut-turut) sebagaimana biasa, kemudian apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan di tangkainya kecuali sedikit untuk kamu makan" (SurahYusuf :48)..

Untuk itu saya menyeru kepada diri saya sendiri dan semua pembaca agar berfikiran terbuka dalam hal ini..WASALAM.....


Monday, February 2, 2009

GUNAKAN SEMAKSIMA YANG MUNGKIN

Salam Pertemuan sekali lagi saya ucapkan kepada para pelawat yang sudi menjenguk-jenguk blog saya yang tidak seberapa ini, sejak kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai perkara berkenaan dengan kehidupan seharian saya, Walaubagaimanapun saya cuba juga mencari waktu yang saya rasakan amat terhad bagi menyampaikan satu lagi peluang baru untuk anda semua...

Anda selalu menggunakan internet untuk pelbagai perkara sama ada berchating, mencari maklumat baru atau memmbuat sebarang transaksi dengan menngunakan Internet sebagai perantaraan untuk memudahkan hidup anda, ya... memang benar kata orang mudah untuk kita lakukannya dengan kemudahan internet berbanding kita membuat semua perkara itu secara tradisional..

Tetapi sampai bila kita hanya mampu melihat orang lain mendapat keuntungan atau pendapatan melalui internet????..Anda bila lagi??. Alangkah ruginya jika anda membayar sewa perkhidmatan Internet yang disediakan oleh syarikat-syariakat "Internet Provider" jika anda tidak menggunakan peluang yang anda miliki dengan semaksima yang mungkin??? maksud saya mendapat keuntungan daripadanya..."why not???"

Ish, sebenarnya saya agak malas nak beceloteh panjang-panjang...Biarlag saya "straight to the point" semuanya terkandung dalam banner di bawah kalu anda mempunyai masa cubalah anda fahami maklumat yang terkandung di dalamnya ok..."All the best" Sila klik>>>>>


Tuesday, January 6, 2009

PELAN ETIQA MESRA SUMBANGAN PERCUMA RM1,000 SETAHUN

Assalamaualaikum W.B.T.

Dalam Penulisan blog saya pada kali ini saya ingin membawa semua pembaca mengenali Takaful,

Takaful adalah satu perkataan yang berasal dari perkataan Arab 'Al-Kafala (jamin) iaitu bermaksud 'Saling jamin menjamin' Dari segi tafsiran Syara' ia adalah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan bantu membantu antara satu sama lain ketika para peserta kumpulan tersebut ditimpa sesuatu musibah.


CIRI - CIRI TAKAFUL


Sistem Islam

Konsep insurans iaitu 'Golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik" merupakan satu konsep yang diiktiraf oleh Islam

Al-Quran dalam surah Al-Maidah ayat 2 bermaksud "Dan hendaklah kamu tolong menolong diatas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong diatas perkara dosa dan permusuhan" merupakan bukti utama betapa sikap bantu membantu merupakan salah satu akhlak mahmudah (terpuji)


Sumbangan At-Tabarru'at

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara iklas. Dalam konteks operasi Takaful setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang iklas ketika menyumbang (At-tabarru'at) bagi membantu sesama para peserta yang lainmereka menghadapi musibah.


Untuk pengetahuan Pembaca, AIMS Agensi Sdn Bhd merupakan wakil sah Etiqa Takaful yang mana Syarikat telah menyediakan DANA untuk membantu Anda memiliki perlindungan takaful PERCUMA* disamping menjana Pendapatan Menarik sebagai agen takaful.
*tertakluk kepada syarat dan peraturan

REBUTLAH PELUANG KEEMASAN UNTUK PERLINDUNGAN TAKAFUL PERCUMA! DAN JANA PENDAPATAN LUMAYAN.

Untuk Keterangan lanjut anda boleh lawati alamat di bawah:


http://www.niagasentral.com/etiqa2u/?id=huzairybuang

Sunday, December 28, 2008

ILMU UNTUK DIKONGSI

ALHAMDULLILAH BERSYUKUR SAYA KE HADRAT ILLAHI KERANA DENGAN LIMPAH KURNIAYA SEKALI LAGI SAYA DAPAT MENCETUSKAN LAGI BEBERAPA PANDUAN BAGAIMANA UNTUK KITA MEMEPEROLEHI SUMBER REZEKI YANG HALAL DAN DIREDHAI HENDAKNYA.. KATA ORANG APA GUNA JIKA SEKIRANYA ILMU ITU TIDAK DISEBAR-SEBARKAN DAN BAGAIMANA ILMU ITU AKAN DAPAT DIWARISI OLEH GENERASI AKAN DATANG...ALANGKAH RUGINYA BUKAN?...

SETIAP ORANG ADA KENGINAN UNTUK BERKAHWIN, MEMANG TUHAN TELAH MENJADIKAN LUMRAH MANUSIA ITU UNTUK HIDUP BERPASANG-PASANGAN, TETAPI MALANGNYA KEIGINAN ITU MALANGNYA KADANGKALA TERBANTUT KERANA TAHAP KEMAMPUAN MENJADI HALANGAN UNTUK MENERUSKAN HAJAT UNTUK MEMINANG ANAK ORANG...JADI SAYA TIDAK SUKA MEMUTAR BELITKAN KATA KERANA SAYA BUKAN AHLI PUITIS. UNTUK PENGETAHUAN UMUM ILMU INI SAYA JUGA PEROLEH DARIPADA SUMBER YANG BOLEH DIPERCYAI DAN BUKTINYA SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMIYA JADI SEKIRANYA ANDA BERMINAT BOLEHLAH MENGKLIK BANNER DI BAWAH (BETUL KER BAHASA SAYA INI) MINTA MAAF JIKA TERSILAP....SILA LIHAT >>>>>