Saturday, March 7, 2009

PEMILIKAN HARTA UNTUK KESENANGAN

Assalamulaikum, w.b.t bersyukur saya kepada tuhan kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk meluangkan sedikit masa dalam menyampaikan sedikit penerangan tentang isu-isu yang saya rasakan amat penting untuk kita menilai sejauh manakah tahap pengetahuan kita dalam pengurusan harta pemilikan. Walaupun sering kita dengar ramai dikalangan orang berada (golongan kaya) yang mampu memiliki apa-apa sahaja yang ingin dimilki, tetapi adakah anda tahu tidak semua dikalangan mereka yang mampu untuk mengurus harta-harta mereka dengan pengurusan dari diri sendiri. Hal ini kerana mereka yang mempunyai harta ini selalunya adalah dikalangan golongan yang berada dan majoriti dikalangan mereka adalah golongan ahli-ahli perniagaan tokoh-tokoh koporat dan sebagainya.

Disebabkan golongan-golongan ini kebanyakanya tidak mempunyai masa yang mencukupi, dalam pengurusan kewangan disebabkan kekangan-kekangan rutin harian sebagai ahli perniagaa dan faktor kemewahan yang dimilki, mereka lebih cenderung melantik syarikat atau badan yang mengurus harta mereka....Persoalannya di sini adakah semua pengurusan yang dipindah kan kepada orang-orang yang bertanggungjawab itu diperakui kesahihan malah adakah diyakini dan diredhai jika dilihat dari sudut agama. Semua persoalan-persoalan ini harus dipertimbangkan bagi golongan individu yang benar-benar ingin mendapat keredhaan dalam pencarian harta yang benar-benar diredhai.

Nabi Muhammad S.A.W mengingatkan kesan harta Haram terhhadap munajat dan doa seseorang:


"Menyebut seorang pemuda bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai tuhanku....wahai tuhanku....sedangkan makanannya haram, minumanya haram dan pakaiannya haram....Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana kami mahu mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sohih)

Berdasarkan hadis sohih diatas, menunjukkan walaupun seseorang itu memang tinggi amal ibadahnya, beriman, dan sentiasa ingat tentang wujudnya tuhan, malangnya dalam urusan bermuamalah individu tersebut leka dan 'hentam keromo" sesungguhya agak sukar doa-doanya dimakbulkan..

hal ini berbalik kepada persoalan yang asal dipermulaan penulisan saya adakah benar harta yang kita milki itu diredhai???, jika di pendekkan cerita seseorang itu hendaklah memahami atau bahasa yang lebih mudah mempunyai ilmu pengetahuan dalam mengurus kewangan sekiranya golongan individu itu memang benar-benar mencari keredhan dalam mencari kesenagan dengan cara melibatkan diri dalam perniagaan kerana 90% punca rezeki itu datangnya melalui jalan tersebut...nak seribu daya tak nak seribu dalih..:).......



No comments:

Post a Comment